Hafez pantau perkembangan semasa COVID-19 di Sipitang

SIPITANG: Ahli Parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa mengambil inisiatif untuk menerima taklimat perkembangan semasa situasi COVID-19 khususnya di daerah Sipitang oleh Dr. Mohammad Seth Bin Mohd Yusof, Pegawai Kesihatan Jabatan Kesihatan dan pada masa yang sama Hafez juga berkesempatan menyerahkan bakul makanan bertempat di Pejabat Daerah Sipitang pagi tadi.

Kerajaan Negeri juga telah menyumbangkan bakul makanan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Daerah Sipitang yang dipengerusikan oleh Tuan Awangku Raimy Bin Pengiran Abdul Rahman untuk diagihkan kepada penduduk kampung terlibat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *