Sabah Kembali Kepada Kes Jangkitan Covid-19 Melebihi 2000 Kes

KOTA KINABALU : Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengemaskini jumlah kes jangkitan Covid-19 hari ini di mana Malaysia merekodkan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 19,631 kes berbanding kelmarin 19,740 kes jangkitan.

Walaupun jumlah kes jangkitan di negara telah menurun sedikit, kes jangkitan Covid-19 di Sabah meningkat semula ke angka melebihi 2,000 kes jangkitan. Sabah telah mencatatkan kes jangkitan Covid-19 sebanyak 2,103 kes pada 17 Ogos 2021.

Daripada 2,103 kes, Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi di negeri itu iaitu sebanyak 467 kes, diikuti Tawau sebanyak 255 kes dan Sandakan 208 kes. Sabah masih kekal sebagai negeri yang mencatatkan kes kedua tertinggi di negara ini setelah Selangor dengan 5,753 kes jangitan Covid-19.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *