Rombakan jawatankuasa pemantauan dasar dan tadbir urus koporat

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor mengumumkan rombakan kepada Jawatankuasa Pemantauan Dasar Koporat dan Tadbir Urus untuk mengukuhkan dan meningkatkan bidang pengurusan koporat semua Badan Berkanun Negeri (BBN) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri Sabah, berkata jawatankuasa yang dikawal selia oleh Kementerian Kewangan yang mana termasuk aspek pengurusan koporat terhadap kemungkinan salah laku termasuk kelulusan yang meragukan suatu jawatan atau penubuhan anak syarikat baru di dalam BBN dan GLC, pemantauan dan sebarang sekatan gaji dan elaun kepada semua pengurusan penting BBN dan GLC.

Katanya, jawatankuasa ini akan memantau semua pengurusan kewangan BBN dan GLC secara teliti terutama sekali yang membabitkan penggunaan sumber sektor awam, dan memastikan semua ketua yang dilantik melaksanakan kerja dengan integriti dan kepatuhan kepada undang-undang serta pengurusan

“Jawatankuasa ini akan meneliti semua cadangan BBN dan GLC untuk kelulusan bagi memastikan pengukuhan pengurusan korporat, keberkesanan operasi, kemampanan prestasi kewangan, dan kemampuan pengarah masing-masing.

“Kerajaan negeri akan memastikan kadar ketelusan dan akauntabiliti yang tinggi dalam pengurusan operasi semua BBN dan GLC di Sabah memandangkan ia satu inisiatif yang penting,” katanya dalam kenyataan pada ahad lepas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *