ESSCOM berdepan ‘cabaran berganda’

LAHAD DATU, 11 JUN: Sejak tahun lepas, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), berdepan โ€˜cabaran berganda yang luar daripada kebiasaannyaโ€™ dalam usaha memastikan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) terus terjamin dan terlindung daripada pelbagai ancaman tidak diingini.

Ini kerana, cabaran yang dihadapi ketika ini tidak lagi sekadar mengawal, memantau ataupun menghalang mana-mana kehadiran pendatang tanpa izin mahupun apa sahaja aktiviti haram seperti penyeludupan daripada memasuki perairan negara sepertimana kelaziman pada tahun-tahun sebelumnya.

Akan tetapi, mereka kini perlu menggembleng lebih banyak tenaga mahupun bersekang mata siang dan malam dalam usaha mengekang penyebaran wabak COVID-19 terutama daripada warga asing sejak penularan virus maut itu tahun lepas.

Hakikatnya, ia bukanlah satu tugas yang mudah. Sebagai penguat kuasa keselamatan utama di ESSZONE, ESSCOM bertanggungjawab menjaga pesisir pantai sepanjang 1,457 kilometer dan kawasan perairan seluas 58,420 kilometer persegi serta kawasan daratan seluas 32,158 kilometer persegi.

Dengan keluasan sebesar itu apatah lagi kedudukannya yang bersempadan dengan maritim Filipina dan Indonesia serta beberapa kawasan di Kalimantan Utara, Indonesia seperti Kampung Kandoangan serta Wilayah Simanggaris yang bersempadan daratan daerah Kalabakan adalah dalam ESSZONE, pastinya ia merupakan tugas sukar.

Tambahan pula, faktor sempadan telah dikenal pasti antara punca yang mendorong berlakunya peningkatan kemasukan pendatang negara jiran ke Sabah sekali gus menimbulkan kebimbangan sekiranya kegiatan haram ini terus berlaku akan menyebabkan ia menjadi satu daripada punca penularan pandemik COVID-19 di negeri ini.

Sumber Berita : BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *