Madius undur diri

KOTA KINABALU: Datuk Wilfred Madius Tangau tidak mempertahankan jawatan sebagai presiden Pertibuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)pada pemilihan parti kali ini bagi memberi laluan kepada Datuk Ewon Benedick menerajui parti itu.

Madius berkata, keputusan itu dipersetujui danmencapai kata sepakat setelah menilai tahapkesediaan pemimpin baru menggalastanggungjawab menerajui UPKO.

“Dengan ini saya mengambil keputusan untuk tidakmempertahankan jawatan Presiden UPKO bagipenggal yang akan datang.

“Saya ingin umumkan bahawa Presiden UPKO yangbaharu bakal diterajui oleh Naib Presiden yang jugaAhli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.

“Saya yakin dan percaya kepimpinan baru yang bakal diterajui oleh Datuk Ewon akan memastikan UPKO terus fokus dan komited sebagai parti tempatan yang memperjuangkan hal ehwal politik dan kepentingan rakyat lebih-lebih lagi dalam menempuhi senario politik negara yang mana keterlibatan lebih ramai pengundi baru dan muda melalui pendaftaran automatik undi-18,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepasmengadakan Perjumpaan Khas bersama Ahli-AhliMajlis Tertinggi (AMT) dan Ketua-ketua BahagianUPKO, di Ibu Pejabat UPKO Penampang, di sini,hari ini.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata,dengan keadaan politik negara yang tidak stabil danPilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang semakinhampir maka UPKO perlu menyusun strategi baharuuntuk terus memperjuangkan kepentingan rakyat.

Oleh itu katanya, UPKO mengetengahkan barisankepimpinan baharu dengan perspektif segar, dansentiasa berpegang teguh kepada prinsip asasperjuangan parti.

“Pada masa yang sama, kesemua Ahli-Ahli MajlisTertinggi, Ketua-ketua Bahagian, dan PresidenKehormat Yang Berbahagia Tan Sri Bernard Dompoksebulat suara memberi kepercayaan kepada sayauntuk memegang jawatan Presiden Kehormat UPKOyang baharu.

“Saya akan mengalas kepercayaan dantanggungjawab ini dalam terus membantu danbekerjasama dengan kepimpinan UPKO yang baru,”katanya.

Katanya lagi, UPKO juga akan tetapmemperjuangkan suara rakyat di peringkat politikSabah dan nasional terutamanya melibatkankeputusan pembuatan dasar.

“Apa yang pasti, teraju kepimpinan UPKO akanlebih berfokus selepas ini. Selaku bakal PresidenUPKO yang baru dan sebagai Ahli DewanUndangan Negeri Sabah, Datuk Ewon akanmenumpukan hal ehwal politik dan perjuanganUPKO di Sabah.

Manakala, saya sebagai Ahli Parlimen akanmembantu menumpukan perhatian terhadapperjuangan UPKO sebagai peneraju perjuanganrakyat di peringkat politik nasional,” katanya.

Madius berkata, pimpinan parti yakin dan bersetujusemua keputusan itu adalah langkah terbaik bagiseluruh warga UPKO dalam usaha terus berjuangmengangkat suara rakyat.

“Dalam usaha kita meneruskan perjuangan, kitaharus sentiasa bersedia menghadapi pelbagaicabaran terutama dalam keadaan landskap politik yang kompleks.

“UPKO perlu kekal kukuh sebagaiparti tempatan yang mengutamakan perjuanganrakyat dan berfikiran progresif untuk maju kehadapan,” katanya. -SNT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *