RM10 juta disediakan kepada program SYABAS – Hajiji

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM10 juta untuk Program Portal Skim Jaya Usahawan Belia (SYABAS) di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, SYABAS merupakan inisiatif baharu kerajaan diperkenalkan dalam Belanjawan 2022 bagi memacu gerakan pembangunan ekonomi serta pengukuhan potensi belia di Sabah.

Katanya, SYABAS menyediakan bantuan kewangan kecil kepada golongan usahawan belia bagi memulakan perniagaan.

“Antara objektif Program SYABAS membantu belia memulakan perniagaan selepas kehilangan pekerjaan semasa penularan Pandemik COVID-19,

“Kerajaan perihatin membantu  usahawan belia yang mempunyai produk untuk dikembangkan operasi perniagaan sekali gus melahirkan usahawan belia untuk membina rangkaian di peringkat antarabangsa melalui aktiviti perniagaan eksport/import,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan Portal Skim Jaya Usahawan Belia (SYABAS) di Menara Kinabalu, hari ini.

Hajiji berkata, sasaran program ini adalah kepada belia Bumiputera Sabah berumur 18 hingga 40 tahun sebagai bantuan dana kecil bagi memulakan perniagaan.

“Kita bantu mereka untuk mengembangkan perniagaan dalam bentuk bantuan kewangan kecil. Dana ini akan diselia Kementerian Belia Sukan Sabah dengan kerjasama Institut Kerjasama kerajaan dan Rakyat (IKRAR),” katanya.

Hajiji berkata, kepada belia ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai SYABAS termasuk cara memohon skim itu boleh melayari laman web https://syabas.gov.my. -SNT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *