MAHU PILIHANRAYA TIDAK SETUJU DARURAT POLITIK ; WARISAN TIDAK BELAJAR DARI PRN SABAH

Kota Kinabalu : Parti Warisan Sabah masih tidak belajar daripada sejarah PRN Sabah apabila menghantar surat rayu kepada Agong. Tidak dinafikan PRN Sabah yang diadakan pada tahun lepas merupakan penyumbang kepada kes Covid โ€“ 19 meningkat secara mendadak yang amat memberi kesan kepada ekonomi negeri Sabah.

Apabila kerajaan Warisan semasa itu kehilangan majoriti dalam dewan undangan negeri Sabah, DSP Shafie Afdal bertindak membubarkan DUN walaupun semasa itu negara dan khususnya negeri Sabah dilanda pademik Covid 19. Jika DSP Shafie semasa itu memikirkan tentang kebajikan rakyat Sabah dan ekonomi negeri mestilah beliau berjiwa besar untuk menyerahkan kerajaan negeri kepada mereka yang mempunyai majoriti DUN semasa itu. Tetapi hal ini tidak berlaku kerana kuasa adalah penting berbanding rakyat.

Untuk rekod, kerajaan yang dibentuk oleh kerajaan negeri pada PRN 2018  yang diterajui oleh Warisan dibantu dengan aktiviti โ€œlompatโ€ oleh beberapa ahli ADUN daripada UMNO dan UPKO. Kerajaan ini dibentuk tanpa ada pembubaran DUN dan berjalan dengan baik semasa itu.

Darurat politik yang dilaksanakan oleh yang dipertuan Agong adalah satu tindakan yang tepat untuk kestabilan negara semasa pademik Covid-19 menlanda negara Malaysia. Tetapi memang tidak disenangi oleh ahli politik yang mahu kuasa dan pilihanraya diadakan dalam masa yang terdekat ini.

Jika pilihanraya umum diadakan dalam masa terdekat dan vaksin belum diedarkan keberangkalian kes Covid-19 meningkat dan penambahan kluser baru wujud boleh terjadi. Akhirnya rakyat yang akan menderita dari segi ekonomi kerana pemimpin politik yang tidak mahu mengadakan gencatan politik.

Zulkarnain Zamdar

Pemerhati Politik Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *