Ketua Menteri Sabah terima kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)

Ketua Menteri Sabah terima kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji menerima kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili di pejabatnya di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

Pertemuan terbabit merupakan pertemuan pertama mereka selepas Hajiji menerajui kerajaan negeri Sabah.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin terbabit membincangkan mengenai isu-isu yang berkaitan, termasuk Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan program pembangunan Sabah.

Sementara itu, Hajiji yang juga merupakan Menteri Kewangan Sabah turut menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Jonathan Yassin.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *