MUIS terima zakat perniagaan RM1.1 juta

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) menerima sejumlah RM1.1 juta zakat perniagaan daripada Celcom Timur (Sabah) Sendirian Berhad bagi hasil kutipan 2020.

Pengerusi Celcom Timur (Sabah) Sendirian Berhad Ahmad Rizal Dahli menyampaikan zakat perniagaan berkenaan kepada Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar dan disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

Majlis penyampaian zakat itu turut dihadiri oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini semalam.
 
Dalam pada itu, Ahmad Rizal berharap syarikat mereka akan mencapai lebih banyak keuntungan sekali gus lebih banyak zakat dapat dikutip bagi membantu golongan asnaf di negeri ini.
 
“Kami bersyukur kerana dapat menyumbang (zakat) sebanyak RM1,103,649 untuk tahun ini dan seterusnya pada masa-masa akan datang sebagai memenuhi tanggungjawab kami,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *