ADUN Matunggong beri jaminan JKR Kudat akan perbaiki jalan raya rosak dengan segera

KUDAT: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Datuk Julita Majungki
memberikan jaminan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuday akan mengambil tindakan segera untuk memperbaiki jalan raya yang terjejas akibat tanah runtuh berikutan bencana banjir.

Beliau yang juga merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah itu berkata kejadian bencana berkenaan telah menjejaskan hampir keseluruhan perkampungan di kawasan berkenaan termasuk infrastruktur seperti jalan raya.

“Saya sempat mengadakan lawatan ke kawasan-kawasan yang terjejas teruk akibat banjir ini.

“Bagaimanapun, secara keseluruhan keadaan banjir di Matunggong masih dalam keadaan terkawal,” katanya dalam satu kenyataan di sini selepas lawatan beliau, di sini, semalam.

Turut hadir dalam lawatan terbabit, Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong, Francis Chong dan Pengawai Kebajikan Daerah Kecil Matunggong, Connie Jokisi.

Dalam pada itu, Julita turut berkata sehingga kini masih belum ada pusat penempatan sementara (PPS) dibuka namun terdapat jalan raya yang rosak akibat daripada hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Beliau juga menjelaskan menurut ramalan cuaca daripada Jabatan Meterologi, kejadian hujan lebat ini akan berakhir pada bila-bila masa di samping bantuan bakul makanan telah diagihkan kepada mangsa terbabit.

Tamat

“Bantuan bakul makanan juga telah disalurkan kepada semua mangsa yang terlibat oleh pejabat daerah kecil dengan bantuan pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *