Usaha pembangunan Pekan Matunggong diperkasakan

KUDAT: Sebuah Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pekan Matunggong telah diwujudkan dalam usaha memperkasakan kemajuan dikawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Julita Majungki berkata, jawatankuasa teknikal berkenaan berfungsi untuk membantu Jawatankuasa  Pembangunan Bandar Baru Negeri Sabah dibawah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan 

“Pihak Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah telah memaklumkan bahawa pelan terkini serta penambahan keluasan kawasan pekan Matunggong telah tersedia. 

โ€œKawasan pekan yang diwartakan mempunyai keluasan yang mencukupi bagi perancangan pembangunan kini dan pada masa akan datang. Ia termasuklah pembinaan bangunan sekolah, hospital, balai bomba dan lain-lainโ€, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebarang perubahan atau pindaan kepada perancangan yang telah disusun perlu melalui Jawatankuasa Pembangunan Bandar Baru yang diurusetiakan oleh LPPB.

Julita yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat berkata, sebuah jawatankuasa teknikal diperingkat Daerah Kecil Matunggong turut diwujudkan bagi membincangkan hal-hal teknikal serta membantu kelancaran urusan berkaitan.

Menurutnya, buat masa ini Lembaga Bandaran Kudat adalah pihak yang bertanggungjawab memegang  amanah serta mengawal semua pelaksanaan Pelan Pembangunan Pekan bagi kawasan Matunggong. 

“Keluasan tanah pekan Matunggong dalam fasa pertama adalah dibawah gazet milikan LPPB seluas 81 ekar. 

โ€œDalam mesyuarat ini juga, pihak Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) menyatakan perancangan untuk membina sebuah blok baru kedai 10 unit dalam tempoh dua tahun ini,” katanya. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *