Penagih dan pengedar dadah ditahan semasa PKPP

KOTA KINABALU: Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan sekitar sini.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superintendan Batholomew Umpit berkata kedua-dua suspek berumur 20 dan 30 tahun ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik(BSJN) IPD Papar lewat malam tadi. 

“Semasa ditahan suspek memiliki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 8.31 gram manakala kedua-dua suspek juga positif dadah methapetamine dan amphetamine.

“Suspek kini ditahan reman di Lokap IPD Papar dan kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12(2) ADB 1952,” katanya.

Tambahnya suspek juga dipercayai mengambil kesempatan menjalankan kegiatan penyalahgunaan dadah ini semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katanya operasi seumpama akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan rangkaian penagihan serta pengedaran dadah di daerah ini dapat ditumpaskan.

Beliau juga mengalu-alukan masyarakat Papar agar menyalurkan sebarang maklumat di kawasan masing-masing agar tindakan pembanterasan dapat dilaksanakan lebih giat. – Utusan Borneo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *