BERSATU Bahagian Kota Belud minta penduduk Kampung Timbang Dayang bersabar hadapi PKPD

KOTA BELUD: Penduduk di Kampung Timbang Dayang diharapkan bersabar dan tabah menghadapi dugaan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di kawasan mereka dilanjutkan sehingga 18 Januari ini.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kota Belud, Datuk Japlin Akim, berkata segala yang diputuskan oleh kerajaan ada hikmah di sebaliknya dan juga kebaikan untuk rakyat secara keseluruhannya.

Katanya, pelaksanaan PKPD selama 14 sebelum ini sudah memperlihatkan kejayaan dan rakyat harus percaya apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan, mempunyai sebab tertentu bagi membolehkan dua penempatan ini bersih sepenuhnya daripada wabak COVID-19.

โ€œSeperti yang kita ketahui, pihak kerajaan tidak akan membiarkan anda semua kekurangan dari segi logistik termasuk bekalan makanan asas dan barang keperluan harian.

โ€œOleh itu apa yang perlu anda lakukan adalah mematuhi setiap arahan serta perlaksanaan PKPD ini bagi membolehkan apa yang dirancang kerajaan berjaya dan semestinya untuk kepentingan semua,โ€ katanya ketika ditemui selepas mengagihkan pek makanan kepada 100 orang penduduk kampung di sekitar Kampung Timbang Dayang Kota Belud, di sini, semalam.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *