Terminal Bas KK Sentral dan Terminal Bas Bandaraya (Utara) Inanam beroperasi semula

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memutuskan untuk membenarkan pengoperasian semula Terminal Bas KK Sentral dan Terminal Bas Bandaraya (Utara), Inanam yang akan berkuatkuasa bermula esok.

Mayor DBKK, Datuk Haji Nordin Siman berkata kebenaran terbabit adalah selaras dengan pengumuman oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengenai kebenaran merentas negeri dan daerah serta pembukaan semula sektor pengangkutan di Sabah, semalam.

“Orang awam adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan kerajaan negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuatkuasa.

“Selain itu, orang ramai juga harus sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal, menggunakan cecair pembasmi kuman dan memakai pelitup muka sepanjang berada di terminal bas ini,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.