TAKTIK BARU PENYELUDUP BERJAYA DI KESAN PPM SANDAKAN

SANDAKAN 12 APRIL: 3 lelaki warganegara Malaysia ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) semasa membawa barang kawalan tanpa sebarang permit daripada pihak berkuasa di kawasan laut Pulau Nunuyan awal pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sandakan Sabah, DSP Rusdin Bin Banin berkata sepasukan Pegawai dan anggota yang sedang menjalankan tugas risikan di kawasan tersebut mendapati bot suspek bergerak dalam keadaan mencurigakan di perairan terbabit.

“Semasa pemeriksaan dijalankan ke atas ketiga-tiga bot terbabit mendapati terdapat tiga orang juragan yang berumur dalam lingkungan umur 27-37 tahun berada di bot masing-masing,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas bot tersebut mendapati terdapat barang kawalan seperti bungkusan minyak masak, tong gas LPG , minyak petrol dan tepung gandum yang dianggarkan berjumlah RM69,154.55 keseluruhannya termasuk nilai bot yang digunakan.

“Jurangan terbabit juga gagal menunjukkan permit atau surat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ke atas semua barang kawalan yang dibawanya,” katanya lagi.

Kesemua suspek dan semua barang rampasan tanpa permit tersebut termasuk bot bersama enjinnya dibawa ke pangkalan PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya.Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dibaca bersama peraturan-peraturan kawalan bekalan.Selain itu, masyarakat terutama masyarakat maritim dan persisir pantai boleh juga menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsapps ke talian 0132831197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan. – Pasukan Polis Marin W4 Sabah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *