Penerangan pengoperasian pelantar minyak kawasan Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Pihak Pengurusan PETRONAS (Operasi Sabah) telah memberikan penerangan berkaitan pelantar minyak dan gas milik PETRONAS untuk kawasan pengoperasian Kota Kinabalu.

Penerangan tersebut telah diadakan pada jam 1030 hrs bertempat di Bilik Mesyuarat Utama IPD Kota Kinabalu. Kehadiran rombongan PETRONAS telah disambut mesra oleh YDH ACP Mohd Zaidi bin Abdullah, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Ketua-Ketua Bahagian dan Ketua-Ketua Polis Balai.

Rombongan dari pihak PETRONAS diketuai oleh Tuan Haji Muin bin Masri (Pengurus Besar Pengeluaran) dan diiringi oleh Encik Hasfa Edi Adra bin Kassim (Pengurus Keselamatan), Encik Mohd Razali bin Awang (Pengurus Pentadbiran), Puan Suzalina binti Rusli (Eksekutif Keselamatan Sabah), Sub Inspektor/PB Mohd Radiansah bin Kasang dan Sarjan/PB Muhammad Saharil bin Maidenn.

Antara intipati taklimat yang telah disampaikan adalah berkenaan latarbelakang PETRONAS Wilayah Sabah khasnya Kota Kinabalu, kedudukan pelantar-pelantar minyak dan gas, keselamatan kawasan pelantar minyak, kesan pendemik Covid-19 kepada petugas pelantar minyak dan perbincangan laluan saluran minyak dan gas.

Dalam sesi perbincangan dua hala pula, telah dibincang mengenai isu kewarganegaraan petugas pelantar minyak yang mana majoriti adalah warganegara Malaysia yang berasal dari Sabah dan secara keseluruhan hanya 2% pekerja warganegara asing yang mempunyai kepakaran khas.

Semoga dengan taklimat dan perjumpaan ini, ia dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara pihak PETRONAS dan IPD Kota Kinabalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *