Kerajaan negeri rancang laksana projek besarkan jalan Berungis-Tuaran

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata, kerajaan negeri merancang untuk melaksanakan projek membesaran jalan dari Berungis ke Pekan Tuaran bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya di kawasan tersebut.

Katanya, rakyat terutamanya pengguna jalan raya merungut dengan masalah kesesakan serius yang berlaku di kawasan itu.

Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalit, Jasnih Daya turut membangkit masalah tersebut kepadanya.

“Selaku Ketua Menteri, saya akan memastikan projek pembesaran jalan raya dari Berungis ke Pekan Tuaran dilaksanakan demi keselesaan para pengguna jalan raya”, katanya.

Beliau berkata demikian pada Program โ€ซโ€œSulaman Peduli, Dekat Di Hati” (Penyerahan Sumbangan Pakej Telefon Pintar) di Dewan Linangkit Datuk Patrick Jilan, hari ini.

Program itu dianjurkan oleh Alumni Universiti Islam Antarabangsa cawangan Sabah dengan kerjasama Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf Universiti Malaysia Sabah serta Kesatuan Guru Kerajaan Sabah Cawangan Tuaran.

Seramai 160 pelajar dari 16 sekolah dalam kawasan Sulaman akan menerima sumbangan telefon pintar termasuk set โ€œenlarged screenโ€, โ€œpowerbankโ€, โ€œheadsetโ€ dan wang tunai untuk membeli kad sim.

Hajiji berkata, projek penyambungan bekalan air bersih untuk tiga buah kampung iaitu dari Kampung Ambong ke Kampung Baru-Baru dan Kampung Lok Nunuk di Tuaran juga akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

“Penduduk di kampung-kampung berkenaan telah memohon kemudahan bekalan air bersih sejak sekian lama dan projek itu telah diluluskan”, katanya.

Menurutnya, Lebuhraya Pan Borneo dari Tuaran ke Kota Belud juga akan dilaksanakan yang antara lain akan memangkin pertumbuhan sektor pelancongan di kedua-dua kawasan itu.

Beliau menegaskan, pembangunan fizikal yang lain akan diterus di Tuaran demi kesejahteraan rakyat.

“Banyak lagi yang harus dilakukan bagi memastikan kawasan DUN Sulaman, Dalit dan Tuaran mengecapi pembangunan yang boleh dibanggakan”, tegasnya.

Menyentuh program “Sulaiman Peduli, Dekat Di Hati”, Hajiji memuji inisiatif yang dibuat oleh Alumni Universiti Islam Antarabangsa cawangan Sabah.

Katanya, program itu amat baik dan perlu dicontohi oleh NGO lain kerana ia dapat membantu pelajar dalam memastikan kelangsungan proses pembelajaran mereka semasa pandemik COVID-19.

Turut hadir,Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Jasnih Daya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalit, Setiausaha Politik Menteri Kewangan Negeri, Johari Saiman, Pegawai Daerah Tuaran, Sadab Hussein, Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran, Wanihim Othman, Presiden Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Cawangan Sabah dan Pengarah Pusat Pelaburan, Endowmen dan Wakaf Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr Rafiq Idris dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tuaran, Jamlin Ladin.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *