Tambunan dilanda banjir

TAMBUNAN: Kenaikan paras air Sungai Pegalan menyebabkan beberapa kawasan dan jalan utama di daerah ini dilanda banjir, petang tadi.

Antara kawasan terjejas adalah Kampung Dabata, Kampung Lalapakon, Kampung Nambayan, Kampung Pomotodon dan Kampung Gana.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.28 petang.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.

“Hujan lebat di kawasan ulu Sungai Pegalan dipercayai menyebabkan paras sungai berkenaan meningkat.

“Pasukan bomba membuat pemantauan di kawasan yang terlibat dan mendapati tiga kampung terjejas tidak dapat dilalui kenderaaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, tiada pemindahan mangsa dijalankan setakat ini sebelum oerasi ditamatkan pada jam 6.59 petang. -BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *