Skuadron Bot Mk ATB 2 bantu NGO agih bantuan di Pulau Berhala

SANDAKAN: Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (Mk ATB 2) menerusi Skuadron Bot Mk ATB 2 membantu sukarelawan persatuan badan bukan kerajaan (NGO), Hunger Hurts mengagihkan bantuan makanan dan keperluan harian kepada penduduk Pulau Berhala yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Johari Mohd Jaafar dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini berkata aktiviti kebajikan terbabit dapat mengeratkan
lagi hubungan dan kerjasama di antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan
masyarakat awam melalui NGO yang terlibat.

“Selain itu, ianya secara tidak langsung merupakan salah satu usaha Mk ATB 2 dalam menyokong misi bantuan
kemanusiaan selaras dengan konsep Military Operation Other Then War (MOOTW)
di masa aman,” katanya.

Sementara itu, pengarah program dari Hunger Hurts, Nur Syarina Ali berkata COVID-19 telah banyak memberi kesan terhadap rakyat Malaysia termasuk Sabah.

“Hal ini telah menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan pekerjaan seperti biasa bagi menyara kehidupan seharian. Justeru itu, program kali ini bertujuan untuk membantu penduduk di kawasan Pulau Berhala, Sandakan yang terkesan dengan penularan wabak ini.

โ€œSelain itu, pihak Hunger Hurts turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Skuadron Bot ATB 2 khasnya Detasmen Bot Sandakan atas bantuan pengangkutan
dan tenaga kerja yang telah diberikan bagi membantu melancarkan pengagihan
bantuan ini,โ€ katanya.

Hunger Hurts yang berpusat di Shah Alam, Selangor telah mengagihkan bantuan kepada penduduk Pulau Berhala yang terjejas akibat pandemik COVID-19, semalam.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *