Seorang pemandu lori maut

TAWAU: Seorang pemandu lori maut selepas lori 10 tan yang dipandunya terbabas sebelum terbalik di Luasong, Jalan Imbak Canyon, Kalabakan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa Jamaludin Raga, 50, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai selepas tersepit di ruang kabin pemandu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.05 petang.

Katanya, sepasukan sembilan anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerahkan bergegas ke lokasi kejadian.

โ€œSetibanya dilokasi kejadian, pasukan operasi dan pasukan bomba sukarela Kalabakan terus menjalankan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

โ€œMangsa berjaya dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,โ€ katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan, pada Sabtu.

Menurutnya, pasukan operasi kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi kemerbahayaan lain sebelum operasi ditamatkan pada jam 5.35 petang.

Sementara itu, jurucakap JBPM berkata, jentera FRT dan EMRS pasukan bomba mengalami kesukaran untuk sampai ke lokasi disebabkan keadaan jalan yang berlumpur.

Katanya, sementara menunggu bantuan kenderaan pacuan empat roda JBPM, pasukan operasi mengambil inisiatif dengan menumpang kenderaan awam untuk sampai ke lokasi kejadian.

โ€œKetua operasi turut memaklumkan tiada sebarang litupan radio GIRN dan telefon dilokasi kejadian,โ€ katanya.- ASIA TIMES PULSE.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *