Kampung Pengkalan Bukit Garam tidak sesuai untuk penempatan penduduk – Bung Moktar

KINABATANGAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin menekankan Kampung Pengkalan Bukit Garam adalah kawasan perkampungan yang tidak selamat untuk diduduki masyarakat.

Katanya, perkara terbabit sudah diputuskan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Majlis Daerah Kinabatangan.

“Kawasan perkampungan ini bukan sahaja tidak selamat diduduki malah di segi kesihatan situasinya amat membimbangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat dan menyampaikan bantuan bakul makanan kepada penduduk di kampung Pengkalan Bukit Garam, di sini, baru-baru ini.

Bung Moktar yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag iti turut berkata keadaan perumahan di kawasan terbabit tidak tersusun dalam semua aspek.

Ini termasuk tiada pelan perancangan dan kemudahan malah kedudukannya juga berhampiran Sungai Kinabatangan sering terdedah dengan masalah banjir apabila hujan lebat berlaku.

Menurutnya, kerajaan telah menyediakan satu tapak baharu sebelum ini bagi menempatkan penduduk di kampung ini namun segelintir penduduk enggan berpindah menyebabkan mereka berhadapan dengan risiko terutamanya ketika banjir melanda.

“Sebilangan penduduk masih merasakan perkampungan ini masih selamat untuk diduduki. Mereka harus menyedari keadaan adalah sebaliknya,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Bung menjelaskan akan bertemu kembali dengan penduduk Kampung Pengkalan bagi memaklumkan situasi sebenar di samping memberikan cadangan terbaik demi keselamatan mereka.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *