Ronald serah elaun sara hidup nelayan kepada 61 penerima di Beluran

BELURAN โ€”  Lebih 61 orang nelayan yang berdaftar dibawah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) menerima Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) secara tunai hari ini. 

Bantuan dalam bentuk kewangan yang diberikan setiap bulan kepada pemilik vesel perikanan dan pekerja atau awak-awak yang layak dan berdaftar dengan Persatuan Nelayan Kawasan itu disampaikan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee di Pulau Jambongan.

Katanya Nelayan yang layak dipertimbangkan untuk bayaran ESHN adalah nelayan warganegara Malaysia yang mempunyai lesen vessel/bot yang sah, berusia 18 tahun ke atas serta golongan kategori pemilik vessel/bot perikanan Zon A sahaja dan awak โ€“ awak Zon A, B, C dan C2. 

Dr Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata pemberian ESHN berjumlah RM300 yang diberikan setiap bulan kepada nelayan ini supaya para nelayan yang berdaftar dapat manfaat dari pelbagai program yang disalurkan kerajaan. 

โ€œ Kadar ESHN ini adalah sebagaimana yang telah ditingkatkan oleh Kerajaan bermula Januari 2021, iaitu daripada RM250 kepada RM300 sebulan yang memberi manfaat kepada lebih 35,000 nelayan seluruh negara katanya di dalam program Majlis Penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Nelayan Pulau Jambongan di Dewan Bahanan, Pulau Jambongan, Beluran di sini hari ini. 

Dalam pada itu, Ronald juga berkata selain daripada bantuan ESHN, Kerajaan juga komited dalam menyediakan kemudahan infrastruktur perikanan yang lengkap. 

Beliau yang turut menyerahkan Mock Cheque Projek Naik Taraf Jeti Kg. Bahanan bernilai RM 184,100, Projek Bina Baru Jeti Kg Jambongan Hujung bernilai RM 91,930 dan Elaun Sara Hidup Nelayan PNK Beluran bernilai RM 2,302,400. 

Tambah Ronal lagi satu persatuan nelayan kawasan (PNK) akan diwujudkan di kawasan Sugut untuk menanganai dan membela nasib nelayan di kawasan itu.

โ€œDalam hal pengurusan nelayan, satu PNK baharu akan diwujudkan di Kawasan Sugut untuk menangani kawasan yang luas ini supaya perkhidmatan yang diberi boleh membela nasib nelayan di persisiran pantai dari Jambongan hingga ke Sugut,โ€ jelas beliau.

Turut hadir dalam majlis ini, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Labuk, YB Tuan Samad bin Jambri, Setiausaha Bahagian Sekuriti Makanan, MAFI, Encik Mazlan bin Othman, Ketua Pengarah LKIM, Tuan Yusuf bin Othman, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LKIM, Hajah Khaironnesak binti Omar, Pengarah LKIM Sabah, Encik Mohd Jamil bin Abdullah, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PNK Beluran, Encik Rahman bin Uting, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) Tuan Haji Abdul Hamid bin Bahari dan Wakil Ketua Anak Negeri Pulau Jambongan, Tuan Haji Syarif Zakaria bin Syarif Atar. -SM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *