Vaksin ke pendalaman Sabah
KOTA KINABALU: Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bersama dengan pasukan kesihatan Angkatan Tentera Malaysia dan kakitangan Pusat Kesihatan Daerah Sipitang hadir ke Kg. Long Pasia dalam program Jiwa Murni.
Dalam program ini pihak ATM telah membantu membawa Vaksin sampai ke bahagian Pedalaman Sabah, di Kg. Long Pasia.
Dengan kerjasama agensi kerajaan ini akan memudahkan dan melancarkan lagi proses vaksinasi rakyat terutamanya mereka yang berada di kawasan Pedalaman Sabah.YAB Ketua Menteri melawat dan meninjau proses vaksinasi yang dilaksanakan oleh ATM dan Pejabat Kesihatan di Kg. Long Pasia, Sipitang.
Turut hadir bersama YB Ir. Shahelmy Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, YB Datuk Isnin Hj Alasnih, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, YB Jasnih Daya, Pembantu Menteri Kewangan Sabah, YB Andi Muhamad Suryadi Bandi, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Dr. Zulkaply Mohamad, Setiausaha Persekutuan Sabah, YB Hafez Yamani Musa, Ahli Parlimen Sipitang, YB Fairuzz Rendan, Setiausaha Politik Menteri Kewangan Sabah, YB Arshad Bistari, Adun Tempasuk, Datuk Matbali Musah, Pengarah UPPM Sabah dan Tuan Hj Rusdin Riman, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah.