OPS Anti Sorok di sekitar Tamparuli oleh KPDNHEP

TAMPARULI: Satu pasukan Pegawai Penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Tuaran seramai 3 orang telah menjalankan pemeriksaan pematuhan Penetapan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam, Ops ATM, Ops Anti Sorok serta pemeriksaan harga dan bekalan keperluan asas di sekitar kawasan Tamparuli Sabah pada hari ini.

Hasil pemeriksaan mendapati peniaga-peniaga mematuhi undang-undang yang dikuat kuasakan oleh KPDNHEP khasnya penandaan harga yang jelas serta alat timbang dan sukat yang digunakan telah ditentusahkan untuk tujuan kegunaan perdagangan.

Sebanyak 23 Kenyataan Pemeriksaan Premis telah dikeluarkan ke atas premis-premis perniagaan yang telah diperiksa pada hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *