RM108.15 juta anggaran peruntukan pasca banjir Sabah

KOTA MARIDU: Kerajaan menganggarkan sebanyak RM108.15 juta peruntukan pasca banjir termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) diperlukan untuk memulihkan pelbagai kerosakan akibat banjir di beberapa daerah di Sabah, baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah tertinggi membabitkan pembaikan infrastruktur yang dianggarkan sebanyak RM90.86 juta, diikuti baik pulih rumah (RM7.81 juta) dan bantuan barang keperluan asas (RM3.67 juta).

โ€œArahan saya perlu disegerakan kesemua bukan sahaja pemberian BWI dan yang lain tetapi infrastruktur juga perlu disegerakan kerana mereka yang terbabit dengan banjir mengalami kesusahan dan kita tak mahu menambah kesusahan mereka apabila infrastruktur di kawasan masing masing juga terjejas dan rosak.

โ€œIni boleh mengganggu mungkin dari segi aktiviti ekonomi mereka, jadi kalau boleh kita segerakan,โ€ katanya pada sidang media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Dewan Komuniti Kota Marudu, laporan Harian Metro di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Menurutnya, BWI pula sebanyak RM1.19 juta, pembaikan kecil rumah (RM2.74 juta), bina baharu rumah (RM1.17 juta), baucer diskaun peralatan dan rebat elektrik (RM643,000) dan baucer diskaun pembaikan kenderaan (RM31,000).

Katanya, bagi pembaikan infrastruktur, senarai yang diberikan akan disemak sama ada oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengikut jenis infrastruktur.

โ€œSekarang kita baru dapat senarai ini dan ia akan disemak pihak JKR seperti jalan raya, jambatan gantung, sama ada JKR ataupun KPLB, jadi begitu juga berkaitan rumah dan sebagainya. Beberapa jabatan terbabit, insya-Allah kita akan segerakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *