Hargai kesungguhan penduduk kampung hadir temujanji suntikan vaksin

KOTA BELUD: Fairuz Renddan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, merangkap Ketua ARMADA BERSATU Negeri Sabah turut serta dalam program ARMADA BERSATU Bahagian Kota Belud bagi menghulurkan bantuan berupa makanan tengah hari kepada petugas dan sukarelawan sempena Program Outreach Covid Immunisation Task Force (CITF) di Kadamaian Square, Taginambur dan Dewan Tun Said Keruak Kota Belud.

“Saya amat menghargai semangat dan kesungguhan penduduk kampung untuk hadir dan menerima suntikan vaksin bagi sama-sama melawan COVID19,

“Semoga usaha bersepadu yang kita lakukan ini mencapai tahap pemberian vaksin kebangsaan sekaligus mencapai perlindungan komuniti kelompok,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *