Sabah longgarkan beberapa syarat dan SOP bagi sambutan aidiladha 2021

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri dijangka akan melonggarkan beberapa syarat dan prosedur operasi standard (SOP) bagi sambutan Hari Raya Aidiladha termasuk ibadah korban dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang memasuki Fasa Kedua bermula esok.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah membenarkan setiap jemaah yang sudah mempunyai vaksin dos pertama atau lengkap dua vaksin untuk menunaikan solat sunat Aidiladha, solat Jumaat dan solat fardu lima waktu.

โ€œBerhubung SOP Hari Raya Aidiladha, perkara itu sudah dibincangkan diperingkat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Pejabat Mufti, dijangka akan ada kelonggaran untuk jemaah yang menunaikan solat.

โ€œBukan sahaja untuk Hari Raya Aidiladha tetapi juga melibatkan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu dimana kita akan utamakan kepada mereka yang sudah diberikan vaksin, tidak kira dos pertama atau kedua, sementara yang belum, mereka akan diberi peluang,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan pemberian vaksin kepada 59 imam masjid sekitar Kota Kinabalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Wisma Wanita disini pagi tadi.

Mohd Arifin berkata, kelonggaran itu diberikan selepas menerima permintaan daripada pihak jawatankuasa masjid dan lain-lain.

โ€œKita akan pastikan imam-iman dan jawatankuasa masjid atau surau di seluruh negeri diberi keutamaan untuk menerima vaksin kerana mereka juga merupakan barisan hadapan.

โ€œSelain itu, bagi jumlah kapasiti sebuah masjid atau surau yang dibenarkan, ia kekal seperti SOP sebelum ini iaitu 1/3 daripada keluasan ruang utama solat atau 50 orang jemaah,โ€ katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *