PROGRAM RIUH SJS 2022 “PAPAR PERFORMANCE ART COMPETITTION 2022”
Papar – Pibg dan pihak Sekolah SMK St Joseph Papar telah berkolaborasi mengadakan program yang julung kali iaitu “RIUHNYA SJS” Program terdiri daripada 3 acara besar iaitu RIUH RUN,Bazaar Riuh dan Papar Perfoming Arts Championship .
Program Riuhnya SJS adalah satu program yang dirancang untuk menambah dana Pibg Program ini melibatkan warga SMK St Joseph termasuk guru-guru,ibubapa,alumni dan pelajar SJS serta semua komuniti masayarakat dalam dan luar Daerah Papar.
Tujuan PIBG membuat program ini adalah untuk menambah dana bagi melengkapkan alat bantu mengajar dalam kelas-kelas di blok bangunan baharu .
Di samping itu , tujuan program ini adalah untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang seni dan sukan yang akan melahirkan pelajar yang seimbang dalam akademik dan bukan akademik yang akan meyumbang kepada kemenjadian sesorang pelajar .
Antara Program adalah Fun Run & Fun Rides ,Bazaar Riuh ,Pertandingan Kucing Comel ,dan kemuncaknya adalah Pertandingan Papar Perfoming Arts Championship 2022 .