MUTIARA GRS Agih 1,500 Bubur Lambuk Di LTAKK

KOTA KINABALU: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) mengagihkan 1,500 paket “bubur lambuk” kepada kakitangan agensi kerajaan dan swasta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) di tempat letak kereta VIP Lounge pada Isnin.

Majlis penyampaian diketuai oleh Presiden MUTIARA GRS Datin Seri Juliah Salag, isteri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Juga antara penerima adalah semua anggota yang bertugas di balai polis dan stesen bomba di bandaraya.

Juliah berkata, buat pertama kalinya MUTIARA GRS bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta, Nestle Sdn Bhd serta Sazarice Sdn Bhd untuk program komunitinya.

“Kami mengalu-alukan mereka daripada sektor swasta untuk bekerjasama dengan MUTIARA GRS dan menyumbang kepada masyarakat,” katanya.

Menurutnya, lebih banyak program telah disusun oleh MUTIARA GRS yang kini negara beralih ke fasa endemik.

Selepas Kudat, di mana MUTIARA GRS telah melawat mangsa kebakaran di sana, katanya pertubuhan itu akan memberi khidmat kepada masyarakat setempat bermula di lokasi yang paling strategik iaitu LTAKK.

“Pelbagai agensi bekerja di LTAKK dan MUTIARA GRS ingin menunjukkan penghargaan kepada mereka serta mereka yang menjaga keselamatan awam,” katanya.

-SM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *