Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) kekal utuh

KOTA KINABALU: Keputusan 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU Sabah keluar parti dan menjadi ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS) secara langsung tidak menjejaskan kedudukan Datuk Seri Hajiji Haji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Peguam Perlembagaan dan Awam, Tengku Datuk Ahmad Fuad berkata, ini kerana gabungan Gabungan Rakyat Sabah-Barisan Nasional (GRS-BN) kekal utuh dengan 46 ADUN selain keyakinan dan komitmen bekalan tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH) untuk menyokong Hajiji sebagai Ketua Menteri. 

Difahamkan juga Parti Kesejahteraan Masyarakat (KDM โ€“ 3 ADUN) dan seorang ADUN Bebas juga menyokong teguh Kerajaan GRS-BN, tambahnya.

โ€œBerdasarkan jumlah ini, Hajiji jelas mendapat sokongan 57 ADUN โ€“ majoriti dalam 79 ahli Dewan dan dengan itu terus menikmati keyakinan Dewan mengikut Perkara 6(3) Perlembagaan Sabah,โ€ katanya.

Tengku Fuad berkata demikian sebagai menjawab kepada kenyataan akhbar baru-baru ini oleh Timbalan Presiden WARISAN, Datuk Darrell Leiking yang membangkitkan perkara tersebut.

Tengku Fuad turut menjelaskan, empat Ahli Parlimen GRS tidak akan kehilangan kerusi mereka akibat meninggalkan Bersatu. 

โ€œIni kerana empat Ahli Parlimen itu bertanding sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan bukannya sebagai calon Perikatan Nasional (PN( atau BERSATU. 

โ€œOleh itu, tiada perlanggaran Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan sejak empat Ahli Parlimen itu dipilih di bawah GRS,โ€ katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *