Program fitik kawasan rumah sampah dan kuartes PPM Lahad Datu

LAHAD DATU: Satu Program Fitik Kebersihan Kawasan Rumah Sampah dan Kuarters Kediaman PPM Lahad Datu telah dibuat oleh PPMO Lahad Datu SUPT Gan Ping Sin. Program tersebut diketuai oleh INSP. Muhamad Hafiz Bin Abdullah, disertai oleh semua penghuni kuarters kediaman PPM Lahad Datu dan PERKEP PPM Lahad Datu.

Program yang bermula seawal jam 8.30 pagi dimulakan dengan membersihkan sampah sarap yang terdapat di Rumah Sampah, seterusnya menjalankan kerja-kerja pembersihan disekitar Blok Rafflesia, Anggerik dan Seroja.Program ini bertujuan menjaga kebersihan dan keselamatan para penghuni kuarters kediaman daripada sebarang pembiakan serangga seperti Nyamuk Aedes dan juga penyakit berbahaya seperti Demam Denggi dan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang mudah menyerang kanak-kanak.

Atas rasa tanggungjawab dengan penyertaan oleh semua penghuni kuarters kediaman PPM Lahad Datu, semoga program ini akan memberikan manfaat kepada semua warga PPM Lahad Datu.

Leave a Reply

Your email address will not be published.