Sedafiat sumbang RM100 Ribu pada Baitulmal Sabah

KOTA KINABALU: SEDAFIAT SDN. BHD. memberi sumbangan Kumpulan Wang Amal Jariah (KWAJ) kepada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) berjumlah RM100,000.00 bagi tahun 2021.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SEDAFIAT SDN. BHD, Datuk Haji Ag. Buhtamam Bin Ag. Mahmun kepada Pengurus Besar PBNS, Tuan Salman Nurillah disaksikan Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, Menteri Tugas-Tugas Khas, Yang Berhormat Datuk Haji Mohd Arifin Bin Haji Mohd Arif dan Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Yang Berhormat Tuan IR. Shahelmey Bin Yahya.

Dalam Majlis itu juga, Pengurus Besar PBNS, Tuan Salman Nurillah membuat gimik penyerahan replika borang KWAJ kepada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif SEDAFIAT SDN. BHD, Datuk Haji Ag. Buhtamam Bin Ag. Mahmun sebagai sokongan dan galakan kepada seluruh warga kerja SEDAFIAT SDN. BHD. membuat sumbangan KWAJ melalui potongan gaji dengan sukarela.

KWAJ adalah satu kumpulan wang yang diperuntukkan melalui Enakmen Perbadanan Baitulmal 1998, Seksyen 21 diadakan untuk mengutip dan mengumpul wang dari masyarakat Islam Negeri ini sebagai sedekah Bulanan.

Sumbangan KWAJ juga adalah Derma yang diluluskan untuk diberi pelepasan cukai di bawah Subseksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Oleh itu, PBNS terus mengorak langkah membuat kutipan KWAJ daripada Syarikat-Syarikat Korporat yang akan dimanfaatkan untuk aktiviti kebajikan dan pembangunan di Sabah.

Hasil daripada dana KWAJ ini akan diagihkan melalui skim bantuan yang disediakan oleh PBNS antaranya adalah:

  1. Bantuan Kewangan One-off
  2. Bantuan Ziarah Kariah
  3. Bantuan Ramadhan dan Syawal
  4. Bantuan Susu Formula Khas
  5. Bantuan Institusi Tahfiz, Rumah Anak Yatim, Sekolah Agama Rakyat dan NGO
  6. Bantuan Awal Pendidikan bagi IPTA,Sijil dan Asasi.
  7. Bantuan Bencana
  8. Bantuan Organisasi dan Kemasyarakatan
  9. Bantuan Keagamaan dan Keraian Islam
  10. Bantuan Masjid dan Surau
  11. Bantuan Rawatan dan Perubatan.

Dengan berlangsungnya majlis sumbangan ini, diharapkan dapat memberi galakan lagi kepada Syarikat-Syarikat Korporat dan Individu untuk membuat sumbangan KWAJ kepada PBNS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *