Menteri Agama Adakan Lawatan Ke Sabah

KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad mengadakan lawatan kerja selama empat hari ke negeri Sabah.

Ketibaannya semalam di sambut oleh Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan dan barisan kepimpinan PAS negeri di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Ketika dihubungi, Dr Aliakbar mengharapkan lawatan ituakan memperkukuhkan lagi hubungan baik antara kerajaan negeri dan persekutuan.

โ€œPelbagai program kebajikan bersama agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah disusun sepanjang kunjungan menteri, jadi ini juga merupakan satu manfaat kepada rakyat Sabah,โ€katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dilantik.

Beliau menyifatkan petanda baik Kerajaan Persekutuan yang sentiasa dan tidak pernah melupakan rakyat Sabah dalam apa juga agenda pembangunan khususnya yang berkaitan dengan hal ehwal agama dan juga kemaslahatan rakyat.

โ€œIni menandakan bahawa menteri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak pernah meminggirkan rakyat Sabah sebab kalau kita lihat program yang disusun sepanjang berada di Sabah selama 4 hari, ia adalah program-program menyantuni dan membantu rakyat bersama pelbagai agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

โ€œJadi ini adalah 4 perkara yang saya yakin boleh menjadi agenda besar dan inilah kunjungan kasih sayang yang dapat merealisasikan semangat Keluarga Malaysia tanpa ada sebarang prejudis terhadap mana-mana wilayah dalam negeri Sabah,โ€katanya. – Sabah360

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *