ADUN Telupid mohon kerajaan negeri Sabah bina sebuah sekolah menengah baharu

TELUPID: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telupid, Jonnybone J Kurum memohon kepada kerajaan negeri Sabah agar sebuah sekolah menengah baharu dibina untuk memenuhi kemudahan pendidikan pelajar di daerah ini.

Beliau berkata kemudahan dan fasiliti pembelajaran harus dipandang secara serius berikutan pendidikan merupakan asas pembangunan akan membawa inovatif serta kemajuan kepada rakyat di sini.

” Pendidikan merupakan tapak asas pembangunan di kawasan Telupid dan jika ingin mencapai matlamat ini, mutu pendidikan perlu dicapai dan kemudahan tempat belajar perlu disediakan bagi melahirkan modal insan yang berjaya pada masa akan datang.

โ€œMelihat kepada keperluan pendidikan di daerah ini, sebuah sekolah baharu (SMK Kepuron) perlu dibina bagi menempatkan dan menampung pelajar yang semakin ramai di daerah ini. Saya selaku wakil rakyat kawasan Telupid memohon kepada pihak kerajaan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia agar dapat mempertimbangkan hasrat dan harapan rakyat, dengan membina sebuah sekolah baharu bagi memberi keselesaan kepada pelajar dan tidak lagi bersesak dalam satu kelas,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, sehingga kini hanya terdapat dua sekolah menengah sahaja di daerah Telupid iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Telupid dan SMK Ulu Sapi.

Dalam pada itu, Jonnybone dalam kunjungan hormat ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tongod Telupid turut menyeru agar semua penjawat awam bersama-sama menyokong dasar-dasar kerajaan dan mengembleng tenaga memajukan sistem pendidikan di kawasan Telupid.

Sementara itu, Pegawai Pendidikan Daerah, Barizah Muhd Kahar memberitahu bahawa dari perkembangan pencapaian akademik dan pendidikan masih berada di tangga terakhir di negeri Sabah.

โ€œ Justeru, besarlah harapan saya dan warga PPD Tongod Telupid ini untuk berusaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar secara keseluruhan,โ€ katanya.

Barizah juga merakamkan penghargaannya kepada Jonnybone atas Sumbangan Program Sentuhan Kasih untuk membantu sekolah-sekolah di daerah ini.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *