Ketua Menteri terima kunjungan Duta Besar Malaysia ke Croatia

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat Duta Besar Malaysia ke Republik Croatia, TYT Kennedy Mayong Onon di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Kennedy Mayong yang berasal dari Sabah menerima watikah sebagai Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara daripada Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustaโ€™in Billah pada 15 Jun 2021.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan Negeri bangga dengan pelantikan anak Sabah sebagai Duta Besar Malaysia ke luar negara.

โ€œTidak ramai anak Sabah yang dilantik sebagai Duta Besar Malaysia. Saya bangga kerana anak kelahiran Tuaran ini yang telah diberi kepercayaan menggalas tugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Republik Croatiaโ€.

โ€œKita berharap lebih ramai anak Sabah yang berkelayakan akan dilantik ke jawatan itu pada masa akan datang โ€œ, katanya.

Selain Kennedy, seorang lagi anak Sabah yang dilantik ke jawatan itu ialah TYT Francisco Munis dari Papar sebagai Duta Besar Malaysia ke Hungary. -SM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *