Kutipan zakat MUIS tahun ini lebih tinggi

KOTA KINABALU: Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) mengutip RM 113 juta zakat bagi tahun berakhir 2021 kerana semakin banyak GLC persekutuan dan negeri tampil menunaikan zakat kata Datuk Mohd Arifin Mohd Arif Menteri Tugas-tugas Khas Sabah.

“Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada MUIS kerana telah melaksanakan kutipan zakat dan terima kasih kepada semua pihak yang tampil menunaikan ibadah ini.


“Pada tahun ini berjaya mendapat kutipan yang lebih berbanding tahun lalu.

“Tahun 2020 kita telah mengutip pungutan zakat sebanyak RM101 juta, manakala pada tahun ini sehingga 27 Disember 2021, sejumlah RM113 juta berjaya dikutip.


“Kita menjangkakan akan ada lagi yang tampil untuk menunaikan ibadah zakat sehingga hujung tahun ini.


“Saya juga ingin menyeru kepada para peniaga yang berjaya membuat keuntungan agar tampil menunaikan zakat perniagaan,” ujar beliau kepada media selepas Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Wisma MUIS,” kata Arifin

Dalam majlis tersebut, Arifin menyaksikan sesi penyerahan zakat oleh tujuh wakil syarikat kepada Yang Di Pertua MUIS, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin mewakili Bahagian Zakat MUIS.


Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Timbalan Yang Di Pertua MUIS, Malai Ali Malai Ahmad.

Tujuh syarikat terbabit ialah AgroBank, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Syarikat Takaful Malaysia Berhad, FM Fresh Mart, Adhwa Enterprise, Koperasi Maktab Sabah Berhad dan Boustead Plantations Berhad.

Leave a Reply

Your email address will not be published.