Ketua Menteri Ziarah Keluarga Allahyarham Toh Puan Rahimah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hadir menziarahi keluarga balu bekas Ketua Menteri dan Gabenor Sabah, Tun Mohd Fuad Stephens, Toh Puan Rahimah Stephens, 91 yang meninggal dunia awal pagi tadi, di kediamannya di Jalan Lintas.

Mengiringi Hajiji ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidarkhan Bahadar.

Allahyarham dilahirkan pada 22 Oktober 1930 di Beaufort, pernah menjadi ADUN kawasan Kiulu, Tuaran dan Menteri Kebajikan Negeri.

Beliau merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Menteri dalam Kerajaan Negeri Sabah.-SM

Leave a Reply

Your email address will not be published.