Cara pengeluaran ASB secara online, nda perlu berbaris lagi!

Sudah masuk hari ketiga ( bermula 3 Januari yang lalu) sejak pengeluaran duit ASB boleh dibuat.

Kelihatan masih ramai lagi yang sanggup beratur panjang daripada pagi untuk mengeluarkan duit mereka di cawangan-cawangan ASB, pejabat pos dan kaunter-kaunter bank yang menjadi agen ASB.

Tapi, tahukah anda bahawa duit pengeluaran ASB sekarang boleh dibuat secara atas talian.

Caranya

1.Muat turun aplikasi MYASNB daripada Google Playstore atau pergi ke laman sesawang https://www.myasnb.com.my/login

2. Login username dan password kamu.

3. Pergi ke bahagian Jualan Balik dan tekan.

4. Pilih amanah saham yang anda ingin keluarkan duit. Kalau ASB, tekan ASB.

5. Semak no akaun bank. Jika salah, boleh tekan kemaskini dahulu. Jika betul teruskan langkah seterusnya.

6. Masukkan jumlah yang anda nak keluarkan (Minima jumlah ialah Rm 100) dan kemudian klik butang terma dan syarat seterusnya tekan next.

7. Semak balik jumlah yang ingin anda keluarkan dan maklumat lain termasuk nombor akaun bank. Jika betul, tekan hantar.

8. Kemudian untuk pengesahan. Pilih antara dua pilihan tersebut. Nak mudah, pilih yang minta no Tac. Nanti ASB akan hantar mesej pada anda.

9. Masukkan no tac dan tekan hantar. Kemudian selesai.

Info tambahan, maksima pengeluaran ASB untuk satu bulan melalui aplikasi Online ialah sebanyak RM 1,000 sahaja.

Dan proses pengeluaran duit melalui atas talian ini memakan masa 1 hari bekerja. Mudahkan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *