Usaha berkhidmat kepada rakyat harus merentasi kaum & agama – Armizan

PAPAR: Persatuan Setiakawan dipimpin oleh Dato’ Armizan Mohd Ali (DARMA) yang menjadikan Program Jom Shopping musim perayaan bersama kanak-kanak dan remaja daripada keluarga yang wajar dibantu sebagai program wajib telah menganjurkan “Jom Shopping CNY” di sekitar Papar.

“Bermula dengan Jom Shopping Raya yang telah dilaksanakan sebanyak 8 kali (terhenti semasa PKP), program ini dikembangkan kepada Jom Shopping Krimas yang telah dianjuran sejak beberapa tahun terdahulu.

“Semalam, impian kami untuk memperluaskan program ini kepada Jom Shopping CNY telah tercapai dengan kerjasama Papar Chinese Chamber of Commerce (PCCC).

“Kami alu-alukan kebersamaan pelbagai pihak yang ingin menyumbang di masa mendatang agar lebih ramai golongan sasar bisa mendapat manfaat.

“Usaha mengkhidmati rakyat seharusnya merentasi kaum dan agama kerana hakikatnya golongan yang wajar dibantu itu wujud dalam setiap segmen masyarakat. Jadilah sebahagian daripada warga yang Prihatin.

“Saya yakin setiap daripada kita punyai kudrat untuk menyumbang. Tidak semestinya sumbangan material, keterlibatan sebagai sukarelawan juga adalah sumbangan yang bernilai dan bermakna.

“Kita mungkin tidak berupaya menyelesaikan semua masalah, apatah lagi memenuhi keperluan semua pihak. Namun, sedikit khidmat kita yang boleh membuatkan insan mengukir senyuman dan kegembiraan sesungguhnya akan membuat hidup kita lebih positif.

“Senyuman dan kegembiraan adik-adik dan ibu bapa yang saya temui semalam adalah sumber tenaga untuk meneruskan khidmat dan bakti.

“Terima kasih sahabat-sahabat Setiakawan, PCCC, Armada dan Srikandi BERSATU Papar yang menyumbang tenaga membawa kegembiraan kepada anak-anak, remaja dan keluarga yang terlibat. Kudrat khidmat kita adalah nikmat yang perlu disyukuri.

“Kepada seluruh masyarakat Cina khususnya PAPARian;Xin Nian Kuai LeGong Xi Fa Cai,” kata Armizan dalam muat turun status laman muka buku beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *