Kes Covid-19 Sabah meningkat kepada 1,291 kes pada hari ini

KOTA KINABALU : Malaysia merekodkan kes tertinggi harian pada hari ini dengan jumlah 20,889 kes Covid-19. Kumulatif kes Covid-19 negara ini mencecah 1,203,706 kes dengan mencatatkan kematian sebanyak 10,019 kes setakat hari ini.

Sabah sekali lagi mengekalkan kes jangkitan pada paras 1,000 kes dengan merekodkan kes jangkitan sebanyak 1,291 kes pada 6 Ogos 2021. Peningkatan sebanyak hampir 200 kes berbanding 1,062 kes kelmarin sewajarnya diberi perhatian yang serius.

Penambahan kes Covid-19 di negara ini telah melepasi rekod tertinggi sebelum ini hanya dalam tempoh sehari. Memandangkan kes masih berada pada 5 angka seperti yang dilaporkan, kita sewajarnya berusaha agar terus mematuhi langkah keselamatan dan prosedur operasi standard Covid-19 apabila kita berada di luar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *