Penerima suntikan vaksinasi Covid-19 Sabah masih berada pada kadar yang rendah

KOTA KINABALU : Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 Malaysia (JKJAV) melaporkan seramai 15,162,424 rakyat telah menerima suntikan vaksin dos pertama dan 7,998,831 rakyat telah menerima suntikan vaksin dos kedua. Jumlah keseluruhan penerima suntikan vaksin setakat 5 Ogos 2021 adalah seramai 23,161,255 orang.
Pada 5 Ogos 2021, 77.37 peratus kes iaitu sebanyak 15,936 kes adalah dalam kalangan yang belum menerima suntikan vaksinasi Covid-19. 10,814 kes tersebut adalah dalam kategori yang tidak bergejala dan 9,529 kes adalah dalam kalangan mereka yang belum menerima suntikan vaksinasi Covid-19.
Sabah mengekalkan kes diatas angka 1,000 dan masih menjadi negeri paling rendah kadar penerimaan suntikan vaksinasi setakat kelmarin. Seramai 1,010,275 penerima dos pertama bersamaan 25.8 peratus daripada jumlah penduduk negeri itu dan seramai 435,572 penerima dos kedua atau bersamaan 11.1 peratus.
Peratusan penerima suntikan vaksinasi di negeri ini masih berada pada paras terendah berbanding negeri-negeri lain. Rakyat negeri tersebut terus digesa agar menerima suntikan vaksinasi Covid-19 dengan segera bagi mengawal pandemik Covid-19.