PROGRAM MUSAADAH DAERAH KUALA PENYU

Program Musaadah daerah Kuala Penyu bersama YB Datuk Hj Ahmad Marzuk Shaary, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama) Malaysia anjuran Badan Dakwah Daerah Kuala Penyu di dewan kg Melampai, Kuala Penyu petang kelmarin.

Tahniah kepada 17 pelajar kelas KAFA cemerlang yang mendapat 8A. Begitu juga kepada 50 pelajar kelas bimbingan saudara kita dan seterusnya kepada 50 guru KAFA sekitar Kuala Penyu dan Menumbok. Semoga terus maju jaya.

Terima kasih juga kepada Badan Dakwah Kuala Penyu atas kesudian menjemput dan memberikan saya peluang menyantuni 35 pelajar saudara kita.
Mudah-mudahan sedikit sumbangan yang tidak sepertinya itu dapat membantu mereka dalam pebelajaran.

Kita akan terus berganding bahu demi kemajuan pembelajaran anak-anak warga Kuala Penyu tanpa dibatasi oleh perbezaan agama, bangsa mau pun fahaman politik.

Leave a Reply

Your email address will not be published.