Isu pendidikan dapat diatasi segera jika turun kuasa autonomi
MEMBAKUT: Isu pendidikan di negeri ini dapat diatasi segera sekiranya penurunan kuasa autonomi kepada Sabah direalisasikan.
Exco Pendidikan Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata autonomi tersebut membolehkan para pelajar Sabah menikmati kemudahan dan keselesaan setanding pelajar di negeri lain.
โSabah memerlukan bantuan yang besar daripada kerajaan persekutuan kerana kita masih ada sekolah-sekolah daif, sekolah berskala tujuh dan ada pula sekolah yang perlu tambahan, bina baru dan sebagainya.
โSaya yakin isu-isu ini akan dapat segera kita atasi apabila usaha penurunan kuasa autonomi dapat direalisasikan.
โSekiranya direalisasikan, ia akan dapat membantu banyak hal berhubung masalah pendidikan khususnya prasarana.
โIni kerana kita memerlukan bantuan dari sudut peruntukan kerana Sabah masih ada sekolah yang dibina dengan kayu, papan dan sebagainya, malah ada sekolah daif dan ini perlu mendapat perhatian.
โApabila kita mendapat bantuan daripada persekutuan, sudah pasti anak-anak kita akan mendapat kemudahan dan keselesaan setanding dengan anak-anak lain di seluruh negara,โ jelas beliau dalam Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Daerah Membakut di Dewan Sri Wawasan Kg Pimping, pada Sabtu.
Arifin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan Kedua dalam usaha menambah baik bidang pendidikan di Sabah dan Sarawak menerusi Jawatankuasa Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Pada majlis terbabit, Arifin menyampaikan dana penerima bantuan bulanan asnaf fakir miskin berjumlah RM387,000 kepada Penolong PegawaiDaerah, Ibrahim Terki, di samping sijil penghargaan serta cenderamata kepada 250 peserta tadarus.
Antara peserta yang ditemui ialah pelajar tahun keempat, Tahfiz Darul Yatama Yaacob Khan, Mohd Azuan Mohd Azlan, berasal dari Kimanis menzahirkan rasa syukur kerana dapat bertadarus dalam jumlah yang ramai.
โSyukur kerana setelah dua tahun, hari ini umat Islam sudah dapat bersama-sama menyertai tadarus dan khatam al-Quran dalam bulan Ramadan,โ katanya yang membaca Surah At-Taubah.
Turut gembira berakhirnya pandemik Covid-19, pelajar SMK Membakut, Nur Mirrah Hawaniz Pinsu Osman, 19, yang membaca Al 290 hingga 299.
โSambutan hari raya pada tahun ini, saya bercadang untuk menziarahi sanak-saudara kerana sudah dua tahun tidak dibenarkan akibat pandemik Covid-19,โ ujarnya.-Penerangan. – Sabah360