Kekalkan kebersatuan dalam kepelbagaian Sabah sebagai cerminan Keluarga Malaysia

PENAMPANG: Semangat kebersatuan dalam kepelbagaian dipegang sekian lama rakyat Sabah wajar dikekalkan untuk generasi akan datang sebagai cerminan aspirasi Keluarga Malaysia, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata rakyat Sabah sangat bertuah dikurniakan pelbagai budaya serta seni tradisi yang kaya dan menjelang sambutan Pesta Kaamatan, semangat perpaduan, persaudaraan, persahabatan dan semangat kebersamaan dalam kepelbagaian rakyat daripada suku, kaum dan budaya itu amat terserlah.

โ€œKepelbagaian etnik di Sabah yang boleh duduk semeja tanpa mengira sentimen agama dan bangsa adalah gambaran dan semangat sebenar Keluarga Malaysia yang perlu dikekalkan dan dipelihara selamanya.

โ€œSaya ingin menyeru seluruh rakyat untuk mengekalkan budaya perpaduan dan permuafakatan demi masa depan yang lebih cemerlang untuk rakyat Sabah dan generasi akan datang,โ€ katanya dalam ucapan merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2022 di sini hari ini.

Pesta Kaamatan merupakan pesta bagi melahirkan rasa kesyukuran atas hasil tuaian yang baik pada asalnya diraikan masyarakat Kadazandusun, namun berkembang sebagai pesta diraikan rakyat Sabah yang berbilang latar belakang pada Mei setiap tahun dan diakhiri dengan majlis penutupan esok.

Hajiji berkata pemilihan tema Pesta Kaamatan tahun ini iaitu โ€˜Kaamatan Menjiwai Alam Semula Jadiโ€™ atau dalam bahasa Kadazan-Dusun โ€˜Kaamatan Monunduan Do Winorunโ€™ amat tepat terutama sekali dengan pelbagai fenomena akibat perubahan iklim dunia pada masa kini.

Katanya dengan tema itu diharapkan ia dapat memberi kesedaran dan peringatan kepada semua lapisan masyarakat untuk memelihara dan memulihara alam semula jadi yang diwarisi untuk generasi akan datang.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan Sabah komited dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar negeri ini dan telah memperuntukkan RM131.93 juta kepada Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar serta jabatan dan agensi dalam Belanjawan Sabah 2022.

โ€œIni adalah antara komitmen berterusan kKerajaan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memastikan setiap komponen dalam mewujudkan kelestarian hijau akan dapat diberikan perhatian yang sewajarnya.โ€ katanya.

Dalam pada itu, Hajiji mengumumkan peruntukan khas sebanyak RM3.5 juta bagi projek menaik taraf Dewan Kadazandusun Cultural Association Sabah di sini dan kerja naik taraf lain di kawasan dewan itu.

โ€” BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *