ADUN Pitas edar 5,000 buku roti

PITAS: Sebanyak 5,000 buku roti yang sumbangan syarikat pengeluar makanan, Kim Teck Cheong Consolidated Berhad telah diedarkan, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Dato Sri Dr Ruddy Awah berkata, ia untuk manfaatkan penerima yang melibatkan kakitangan jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan sekolah di DUN Pitas.

“Saya amat berterima kasih di atas keprihatinan dan usaha murni Ini. Roti-roti ini akan diedarkan di Hospital Pitas, Klinik Pitas, Ibu Pejabat Polis Pitas, Persatuan Thalassemia Pitas, RELA Pitas, Pertubuhan Baitul Amin Anak Yatim Pitas, Pusat Pemulihan Kurang Upaya Pitas, SMK Pinggan-Pinggan, SMK Pitas, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Salimpodon, dan Jabatan Pertahanan Awam Pitas.

“Usaha seumpama ini perlu diteruskan dan diterapkan dalam komuniti masyarakat kita,” katanya dalam satu kenyataan media selepas sesi majlis penyerahan itu di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Syarikat Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Dexter Lim berkata, pihaknya bersama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan seiring jalan dalam usaha memberikan sumbangan roti kepada mereka yang memerlukan di seluruh Sabah.

“Saya amat berbesar hati dapat berkhidmat kepada masyarakat setempat dan diharapkan sumbangan ini akan dapat memanfaatkan golongan yang memerlukan,” katanya.

Majlis penyerahan roti terbabit diadakan di bertempat Dataran Salimpodon, Pitas yang turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Invest Sabah Berhad, Datuk Madiyem Layapan; Pegawai Tugas-Tugas Khas KPLB, Harris J. Mintu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N3 Pitas, Ramlah Nasir dan petugas sukarelawan Kim Teck Cheong.

Sehingga kini, syarikat Kim Teck Cheong telah mengedarkan 400,000 buku roti di 20 daerah yang melibatkan jabatan-jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.

Tamat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *