Ikon usahawan muda Sabah daripada Lotud Borneo:  ZERO TO HERO

TUARAN: Usahawan muda berjaya Zaizamreezam Sikong atau lebih dikenali dalam dunia perniagaan sebagai Rozairee D Zamzam berasal daripada Kampung Bantayan Tamparuli merupakan ikon usahawan contoh Sabah yang menunjukkan bahawa anak Sabah boleh berjaya dengan tekad dan usaha yang tinggi.

Namun perjalanan untuk menjadi usahawan yang berjaya sekarang bukan perkara yang mudah untuk dilalui menurut  pengasas dan pengusaha produk Luth Cosmetic & Luth Skin Malaysia.

“Jika dahulu saya tidak menpunyai modal yang besar untuk memulakan perniagaan, Saya hanyalah pemilik kedai runcit di Kampung Bantayan Tamparuli dan merupakan penjual sayur di tamu dan syukur sekarang saya boleh membina empayar saya dengan perniagaan”

Zaizamrezam dahulu yang menguasahakan kedai runcit

Zaizamrezam tidak mahu berjaya berseorangan tetapi ingin membantu lebih banyak belia di Sabah khsusunya di kawasan Tuaran dengan memberi peluang pekerjaan dan bimbingan jika ingin membuka perniagaan katanya kepada wartawan Suara Sabah Today.

Zaizamrezam yang menjual produk kesihatan alternatif yang membantui ramai pelanggan tidak menyangka bahawa produk yang dijual mendapat pemintaan yang banyak.

“Saya tidak menyangka produk Minyak Urut Luth Series iaitu antara produk pertama keluaran Luth Cosmetic mendapat pemintaan yang banyak daripada orang ramai,” katanya.

Zaizamrezam kini yang mempunyai pelbagai jenis perniagaan

Bahan-bahan yang digunakan pun banyak mengunakan bahan-bahan organik  iaitu minyak kelapa dara, halia, serai, lengkuas dan banyak lagi.

Walaupun sudah berjaya Zaizamrezam tetapi menambah ilmu pengetahuan dengan mengikuti pelbagai khusus yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

Selain itu Zaizamrezam turut menyertai latihan sebagai Juruterapi Lelaki yang kemudiannya menghasilkan produk minyak urut jenama Luth Series dengan modal sendiri sebanyak RM5,000.

Tambah lagi, baru-baru ini Zaizamrezam yang juga mengasas perniagaan dalam bidang makanan syarikat Tuminipoi Kitchen pengeluaran makan dan minuman  turut menyertai khusus pengendali kursus latihan oleh Tata Permata Enterprise dan kursus memproses pelabagai jenis ikan masin / bilis udang Nala Group  yang dianjurkan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. “Saya terus menyertai pelbagai khusus perniagaan, kerana bagi saya sebagai perniaga kita perlu sentiasa menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran” kata Zaizamrezam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *