Hospital Tawau bakal kekurangan tenaga jika kes COVID-19 terus melonjak.

TAWAU : Hospital Tawau bakal berhadapan kekurangan tenaga petugas kesihatan untuk merawat pesakit COVID-19 sekiranya jumlah kes jangkitan wabak itu melonjak semula.

Timbalan Pengarah Hospital Tawau, Dr Azman Ibrahim berkata tahun lalu kes di daerah ini juga mencatatkan angka tertinggi di Malaysia menyebabkan Hospital Medan terpaksa dilaksanakan bagi membantu petugas yang ada.

โ€œSelain Hospital Medan, kita juga mendapat bantuan petugas perubatan daripada negeri lain sehingga kes COVID-19 kembali landai dan peratusan yang sembuh meningkat.

โ€œNamun, keadaan sekarang semua negeri juga mempunyai kadar jangkitan yang tinggi dan kemungkinan besar kita sukar mendapatkan bantuan sekiranya wabak itu meletus kembali.

โ€œKita terpaksa menggunakan tenaga yang sedia ada sahaja dan ianya juga akan memberikan kesan terhadap pelayanan kepada pesakit,โ€katanya

Menurutnya, setakat ini keperluan rawatan pesakit COVID-19 seperti Oksigen, PPE, Katil serta pusat kuarantin masih dalam keadaan terkawal dan dapat dikendalikan oleh Hospital Tawau.

Dr Azman berkata, tren peningkatan kes jangkitan baru-baru ini adalah berpunca daripada kelalaian penduduk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutamanya dalam mengadakan majlis sosial.

โ€œKalau kita lihat, kes COVID-19 ini meningkat adalah berkadaran terus dengan kebebasan yang diberikan walaupun pada Oktober tahun lalu, kita sudah hampir berjaya menurunkan kadar jangkitan.

โ€œNamun, setelah diberi kelonggaran untuk mengadakan majlis sosial, ramai yang semakin leka dan lupa terhadap penjagaan SOP sehingga kes melonjak kembali,โ€katanya

Bagaimanapun, katanya, setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan semula baru-baru ini, kes dilihat semakin menurun.

โ€œOleh itu, jangan disebabkan mahu menyambut Hari Raya, kita terus lupa terhadap SOP terutamanya penjarakan fizikal ketika berada di pasaraya.

โ€œSaya menggesa penduduk di daerah ini supaya bekerjasama dan menunjukkan komitmen dalam pematuhan SOP agar kes tidak terus meningkat di musim perayaan Aidilfitri,โ€katanya

Untuk rekod, petugas kesihatan yang bertugas di Hospital Tawau seramai 1800 orang dan kesemua permohonan cuti mereka dibekukan bagi persediaan kemungkinan berlakunya jangkitan yang tinggi selepas Hari Raya.

Namun, pihak Hospital juga akan memberikan rehat mengikut keperluan bagi mengembalikan semangat dalam tugasan mereka. – UTUSAN BORNEO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *