Hajiji: RM18.2 Juta untuk mangsa kebakaran di Tawau & Semporna

TAWAU: Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor Ketua Menteri Sabah menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran kepada penduduk Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 dan Kampung Bangau – Bangau, Semporna.

“Dugaan besar menyambut bulan Ramadan, lebih kurang 3,012 penduduk Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 terpaksa tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran kira-kira dua minggu lalu.

“Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM10 juta kepada 608 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran di Tawau untuk membina semula kediaman mereka manakala RM8.2 juta lagi adalah untuk pelaksanaan segera projek-projek kerosakan harta benda akibat kebakaran di Kampung Bangau-Bangau, Semporna pada tahun 2015.

“Sumbangan Bantuan Wang Ihsan (BWI) juga telah disampaikan kepada seramai 200 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 berjumlah RM500 bagi setiap KIR dan baki 408 KIR lagi akan disampaikan kemudian.

“Saya turut simpati dengan musibah yang menimpa mereka. Semoga diberikan hikmah yang lebih baik di sebalik dugaan ini dan semoga sumbangan ini memberi sedikit sinar dalam bulan Ramadan ini,” kata Hajiji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *