GRS berhak pertahan syarat kemasukan penduduk Semenanjung ke Sabah

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhak mempertahankan syarat kemasukan penduduk Semenanjung Malaysia ke Sabah mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah, Edward Linggu berkata, syarat kemasukan penduduk Malaya ke Sabah sudah dilonggarkan dari penggunaan pasport ke penggunaan kad pengenalan.

โ€œKetika pelbagai hak Sabah dan Sarawak belum ditunaikan, amat menyedihkan bila ada lagi pemimpin Semenanjung yang mahu menghakis hak perlembagaan dalam frasa tertentu MA63,โ€ katanya.

Menurutnya, ketika is melahirkan reaksi senada dengan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berhubung syarat kemasukan penduduk Malaya ke Sabah.

โ€œApa yang telah ditandatangani dalam MA63 hendaklah disempurnakan tanpa memikirkan sebarang niat untuk menghapuskannya.

โ€œSyarat kemasukan ke Sabah terkandung dalam dasar Borneonisasi MA63 termasuk hak 35 peratus perwakilan Borneo dalam parlimen Malaysia serta hak 40 peratus agihan kutipan hasil Persekutuan di Sabah,โ€ katanya.

Linggu merupakan  Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) menegaskan, ketika ini masih timbul pelbagai tuntutan dua wilayah Borneo ke atas hak perlembagaan dalam Malaysia.

Sebagai contoh katanya, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan sedang mempersiapkan butiran hak 35 peratus perwakilan Sabah dan Sarawak di Parlimen Malaysia berdasarkan MA63.

โ€œMengikut hak perwakilan MA63, Parlimen Malaysia yang pada ketika kini mempunyai 222 kerusi seharusnya memiliki 78 perwakilan dari Sabah dan Sarawak,โ€ katanya.

Melalui pindaan perlembagaan ke atas 35 peratus perwakilan Sabah dan Sarawak di Parlimen, Sabah berharap dapat mentadbir kerajaan mengikut perlembagaan tanpa gangguan hakisan hak. -SNT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *