Hajiji menyerahkan cek bernilai RM144,000 kepada 72 pelajar cemerlang STPM tahun lalu

KUDAT, SABAH : Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor sangat menghargai usaha para pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam STPM tahun lalu walaupun terpaksa melaluinya ketika pandemik Covid-19.

Seramai 72 penerima akan menerima RM2,000 seorang sebagai penghargaan atas kecemerlangan mereka dalam STPM tahun lalu. Justeru, sejumlah peruntukan RM144,000 dalam bentuk cek replika diserahkan oleh beliau hari ini.

Program yang dijalankan di Kudat Golf and Marina Resort itu turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pendidikan Sabah, Dr Kassim Hussein serta Pegawai Pendidikan Daerah Kudat, Kusdi Ribut sebagai wakil para pelajar di Kudat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.